tq sbb support saya yeah..!!! jes let me know if i didn't folo u back..!!!

- klik-klik -

gtaw jejak awk erk..


ShoutMix chat widget

Saturday, December 4, 2010

pengenalan kepada BEDAK ASAS

hai oollss...

kla..jes nak share sedikit ilmu pada semua tentang 'BEDAK ASAS' @ 'FOUNDATION'


1. JENIS CECAIR
- bedak asas ini yang paling popular dan versatail dikalangan pengguna. bedak ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kecuali jenis berminyak. melalui penggunaan bedak asas jenis ini, pemakai akan memperolehi kesan sapuan sheer yang umpama selembut sutera. malah melalui sapuan bedak asas ini, wajah tampak lebih semulajadi.



2. JENIS KRIM
- memakai bedak asas jenis krim ini memang agak senang. ia mudah disapu tetapi agak cepat kering. keadaannya yang kurang pelembab ini menjadikan bedak ini sukar untuk dirata bagi menampakkan kesan yang kemas pada wajah. pun begitu, kalau mahu bedak asas yang tampak mewah, tebal dan agak luas 'coverage' pada wajah, ini adalah pilihan yang terbaik.



3. JENIS PADAT
- bedak ini desebut sebagai bedak kompak atau 'compact powder'. ia sesuai digunakan sepanjang hari diluar rumah bagi mengembalikan kesegaran wajah. ia berupaya menyerap sisa minyak yang menjadi punca muka nampak berkilat dan tidak bermaya. ia juga dianggap sebagai penyelamat kerana mudah disapukan ke wajah. ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit kering dan berminyak.



4. JENIS BERPELEMBAB
- ia juaga dikenali sebagai 'tinted moisturizer'. ia digunakan sebagai perlindungan tambahan pada wajah. pelembab yang ada pada bedak asas ini memberi kesan kelembutan semula jadi pada wajah. ia sesuai bagi mereka yang berkulit kering dan sering terdedah dengan cahaya matahari.




5. JENIS STIK
- selalunya bedak jenis ini desediakan dalam bentuk kelongsong boleh putar seperti gincu. ia mudah dibawa ke mana-mana dan ringkas untuk memakainya. ia dirumuskan dalam bentuk mewah berkrim dan amat sesuai bagi mereka yang memerlukan perlindungan wajah dalam tempoh yang lama. pemakai akan merasa kulit lebih gebu dengan memakai bedak asas jenis stik ini.

 so, diharap membantu yeah...

 nantikan episod yang akan dataaang....


No comments:

Post a Comment