tq sbb support saya yeah..!!! jes let me know if i didn't folo u back..!!!

- klik-klik -

gtaw jejak awk erk..


ShoutMix chat widget

Friday, December 31, 2010

EYEliner

kebiasaannya eyeliner dapat dilihat dalam 2 jenis iaitu pensil dan cecair...

bagi memudahkan seseorang, penggunaan eyeliner dr jenis pensil lebih mudah dan senang jika dibandingkan dr jenis cecair...

saya sendiri lebih gemarkan eyeliner dr jenis pensil kerana sangat2 mudah untuk di'apply' ke atas kelopak mata..namun ianya terpulang kepada kebiasaan pengguna itu sendiri..

contoh-contoh eyeliner yang ada di pasaran...like it..!!!


EYELINER GEL


EYELINER CECAIR



EYELINER PENCIL



- 'apply' di kelopak mata -
** ;p **

Monday, December 27, 2010

kelas mekap

salam..lamanya xberupdate dengan berita2 terbaru...dua minggu yang sangat2 mencabar..huuu....kesihatan kami sekeluarga agak terjejas..dek cuaca kot..tp walau bagaimanapun..semuanya telah kembali ke sedia asal...dan di sini saya nak postkan beberapa keping gambar kelas yang telah saya anjurkan...

walaupun dalam keadaan yang sederhana, namun kami semua sangat2 hepi sbb semuanya berjalan dengan sempurna..lancar dan tanpa gangguan..dan yang terpenting..masa sgt2 cukup untuk saya terangkan mengenai asas mekap kepada mereka yang benar2 baru dlm bidang ini..

syukur sekali lagi..

so, kepada sesiapa yang memerlukan khidmat kelas solekan secara personal @ group..jangan malu-malu untuk hubungi saya key...

saya sayang kalian semua...


MAKLUMAT KELAS :
lokasi : BOTA, PERAK
tarikh : 26 DISEMBER 2010
jenis kelas : ASAS MAKEUP
lain-lain : NOTA & MINUM PETANG disediakan

** sgt2 sporting n enjoy wiff kelas nie...tQ

Saturday, December 11, 2010

- walk makeup -

hai..xceli nak share ngan semuaa...

saya bercadang untuk satu projek iaitu 'WALK MAKEUP' yang akan berlangsung di farraMEKAPstudio...walk makeup adalah salah satu impian saya untuk mencantikkan orng yang ingin catik tapi tak taw mcmana nak kelihatan cantik...

'WALK MAKEUP' nie lebih kurang seperti 'TRIAL MAKEUP' tp pada kadar yang sangat2 berpatutan...iantu RM10/sesi... (**tidak termasuk kemasan rambut dan tudung yeaa....)

so, nak mohon sokongan dari kawan-kawan samada kawan2 setuju atau tak...

jes drop ur nice comment kat saya key..!!!

LUV U OOLLLsSS....

PEMBAYANG MATA @ eyeshadow

pembayang mata ini adalah penambah seri di dalam setiap solekan. gabungan warna-warna yang dicampur sepatutnya dapat menghasilkan warna-warna yang harmoni. solekan di mata mampu membangkitkan kesegaran mata dan tentunya untuk bergaya pada waktu siang dan kelihatan glamor pada waktu malam.


JENIS KRIM / GLOSS
untuk mendapatkan impak warna yang lembut, sebaik-baiknya gunakan pembayang mata jenis krim atau gloss.



JENIS BEDAK
dari jenis bedak pula akan memberikan kesan matte dan warnanya juga lebih intense.



JENIS PADAT
jenis padat pula adalah jenis yang sering digunakan kebanyakkan dari kita kerana ianya sangat mudah disapu dan digabungkan warnanya..



** jangan menggunakan pembayang mata yang disimpan lebih dari dua tahun kerana ianya dikuatiri telah dijangkiti bakteria dan akan memberikan kesan alahan kepada kelopak mata.






Wednesday, December 8, 2010

PENYAMAR NODA @ CONCEALER

ari nie nak wat entry pasal PENYAMAR NODA @ CONCEALER..

penyamar noda merupakan alat solek yang digunakan untuk menutup kesan jerawat, lingkaran hitam dan bintik merah yang mungkin ada pada kulit wajah. penyamar noda terdapat dalam bentuk cecair, pensil, stik, di dalam tiub dan bentuk krim yang mewah.

MASALAH & PENYAMAR NODA

Lingkaran Hitam
- gunakan krim pemulih untuk malam dan siang;
- gunakan dengan cara urut pada mata dengan krim berkenaan;
- jadikan rutin harian agar lingkaran mata tidak mudah timbul.
Mata Sembab
- gel pelindungan malam dan siang adalah kaedah terbaik untuk melindungi mata daripada sembab;
- gunakan krim khusus untuk mata;
- lakukan urutan lembut disekeliling mata dan sapu gel perlindungan mata untuk mengembalikan kesegaran mata.

Kekeringan Kulit
- krim perlindungan kulit siang dan malam adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kekeringan kulit di bahagian mata;
- krim ini lazimnya merangsang pertumbuhan sel kulit.

TIP PENYAMAR NODA
- penyamar noda yang disapu, sebaik-baiknya tiada yang perasaan ia adalah penyamar noda..!!!;
- pastikan sapuan dilakukan dikeliling lingkaran mata;
- sapuan biarlah rata tipis dan kemas;
- gunaka hujung jari dan ratakan dengan lembut;
- pilih warna yang sesuai agar penggunaanya benar-benar berkesan;
- elakkan memakai penyamar noda yang terlalu cerah;
- penggunaan celak putih boleh mengembalikan seri mata kusam;
- celak hitam hanya menambahkan lagi kusam mata jika kusam tidak berkurangan.


 



Tuesday, December 7, 2010

aksesori untuk disewa

hai..entry kali ni saya nak postkan gambar aksesori kat semua..

SET BERTUNANG / NIKAH
RM10




SET SANDING
RM50


** baru terPERASAN...xder keris erk..huhu..ala...keris yg mcm bese2 tuee... **

p/s : nnt sy load pic baru key..!!

Monday, December 6, 2010

2 kaler eyeSHADOW - weeee

hai..jes nak tunjuk..if de 2 kaler ES sahaja..mata uoolsss bisa melettooopsss...!!! ahhaaassszzz...so, dun wori eaahh kalo xpandai nak blend2 byk kaler...

see the gambar owkey...


 tutup mata..



..bukak mata

nak blajaw...kasik taw erk...

kaler yg sy guna = eyeshadow hitam + pink 

** ES hitam ley ganti wiff eyeliner **

Sunday, December 5, 2010

BEDAK laksszzz

okies..kalo sebelum nie pasal bedak asas...so, skang by step..kiter citer pasal BEDAK lak key...

so, bedak nie terbahagi kepada 3 jenis...

1. BEDAK DEBU
- bedak ini amat sesuai untuk kegunaan dirumah. selain itu, bedak debu juga digunakan untuk menyempurnakan solekan asas. selepas wajah disapu bedak asas sama ada dari pada jenis cecair, krim mahupun padat, ratakan dengan bedak debu.. ia akan menyerlahkan lagi kelembutan tekstur pada kulit wajah. gunakan span gebu bagi mendapatkan sapuan tipis dan rata. manakala penggunaan berus besar memastikan sisa bedak dibersihkan sepenuhnya daripada wajah.


2. BEDAK ASAS DWICARA (two-way cake)
- bedak ini boleh dikategorikan sebagai penyelamat di kala kecemasan. ia bertindak sebagai penyamar noda dan bedak asas. ia boleh bertahan lebih empat jam sebelum anda perlu pedap bedak padat kering atau tekap sahaja kertas penyerap minyak bagi mengembalikan kesegaran wajah. bagi mendapatkan efek yang lebih gebu, basahkan sedikit span.



3. BEDAK DEBU GANGSA
- ini cara mudah untuk memberi efek glamor pada wajah. menggunakan bedak debu berwarna gangsa (bronze) mampu menyerlahkan kesan berkilau dan segar pada wajah. ia sesuai jika menghadiri majlis atau parti pada waktu malam hari, penggunaan bedak debu gangsa ini mampu membangkitkan aura wajah anda.
 tunggu my next entry eaah....

Saturday, December 4, 2010

pengenalan kepada BEDAK ASAS

hai oollss...

kla..jes nak share sedikit ilmu pada semua tentang 'BEDAK ASAS' @ 'FOUNDATION'


1. JENIS CECAIR
- bedak asas ini yang paling popular dan versatail dikalangan pengguna. bedak ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kecuali jenis berminyak. melalui penggunaan bedak asas jenis ini, pemakai akan memperolehi kesan sapuan sheer yang umpama selembut sutera. malah melalui sapuan bedak asas ini, wajah tampak lebih semulajadi.



2. JENIS KRIM
- memakai bedak asas jenis krim ini memang agak senang. ia mudah disapu tetapi agak cepat kering. keadaannya yang kurang pelembab ini menjadikan bedak ini sukar untuk dirata bagi menampakkan kesan yang kemas pada wajah. pun begitu, kalau mahu bedak asas yang tampak mewah, tebal dan agak luas 'coverage' pada wajah, ini adalah pilihan yang terbaik.



3. JENIS PADAT
- bedak ini desebut sebagai bedak kompak atau 'compact powder'. ia sesuai digunakan sepanjang hari diluar rumah bagi mengembalikan kesegaran wajah. ia berupaya menyerap sisa minyak yang menjadi punca muka nampak berkilat dan tidak bermaya. ia juga dianggap sebagai penyelamat kerana mudah disapukan ke wajah. ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit kering dan berminyak.



4. JENIS BERPELEMBAB
- ia juaga dikenali sebagai 'tinted moisturizer'. ia digunakan sebagai perlindungan tambahan pada wajah. pelembab yang ada pada bedak asas ini memberi kesan kelembutan semula jadi pada wajah. ia sesuai bagi mereka yang berkulit kering dan sering terdedah dengan cahaya matahari.




5. JENIS STIK
- selalunya bedak jenis ini desediakan dalam bentuk kelongsong boleh putar seperti gincu. ia mudah dibawa ke mana-mana dan ringkas untuk memakainya. ia dirumuskan dalam bentuk mewah berkrim dan amat sesuai bagi mereka yang memerlukan perlindungan wajah dalam tempoh yang lama. pemakai akan merasa kulit lebih gebu dengan memakai bedak asas jenis stik ini.

 so, diharap membantu yeah...

 nantikan episod yang akan dataaang....


Friday, December 3, 2010

nota mekap - smokey eyes

kini, NOTA MEKAP - SMOKEY EYES boleh didapati dari hari ini...jualbeli adalah melalui email (.pdf format)..so, pada sesiapa yang inginkan nota ringkas nie, jangan malu-malu untuk email saya k...

NOTA MEKAP - SMOKEY EYES - RM5.00

** nota bergambar **




NOTA ASAS SOLEKAN
 (diberi semasa kelas asas solekan)



 email saya di farrahosman@yahoo.com

sesi class makeup

salam ceria...

jes nak share my latest makeup class dgn kawan-kawan saya...

basic class dor dinner function -- xmo tebal tp nice-nice gitu...sbb dorng xbiasa nak mekap tebal-tebal..so, kami decide nak wat simple2 je...

jes layan jer gambar2 dorang erk....walalaaalaaaa.....






layan jer k gambar2 nie......

** enjoy ngan dorang..!!! **