pembayang mata ini adalah penambah seri di dalam setiap solekan. gabungan warna-warna yang dicampur sepatutnya dapat menghasilkan warna-warna yang harmoni. solekan di mata mampu membangkitkan kesegaran mata dan tentunya untuk bergaya pada waktu siang dan kelihatan glamor pada waktu malam.
JENIS KRIM / GLOSS
untuk mendapatkan impak warna yang lembut, sebaik-baiknya gunakan pembayang mata jenis krim atau gloss.
JENIS BEDAK
dari jenis bedak pula akan memberikan kesan matte dan warnanya juga lebih intense.
JENIS PADAT
jenis padat pula adalah jenis yang sering digunakan kebanyakkan dari kita kerana ianya sangat mudah disapu dan digabungkan warnanya..
** jangan menggunakan pembayang mata yang disimpan lebih dari dua tahun kerana ianya dikuatiri telah dijangkiti bakteria dan akan memberikan kesan alahan kepada kelopak mata.
No comments:
Post a Comment